Kajian
tindakan merupakan satu kajian yang sering dilakukan oleh pendidik khususnya
berkaitan dengan perkara yang berlaku dalam bilik darjah sama ada sebelum,
semasa atau selepas sesuatu pengajaran itu berlangsung. Kajian tindakan ialah
inkuiri berasaskan penyelesaian masalah yang dilaksanakan oleh sekumpulan orang
atau individu (Chow Fook Meng et al.
2011 : 8). Ini bermaksud bahawa kajian tindakan merupakan satu kajian yang
dilakukan oleh penyelidik yang mendapati terdapat sesuatu masalah yang perlu
diselesaikan atau masalah tersebut boleh diselesaikan dan mampu memberi
penambahbaikan yang ketara jika kajian ini dilakukan. Selain itu Akhiar Pardi
dan Shamsian Shamsuddin (2011 : 104) menyatakan bahawa kajian tindakan
merupakan inkuiri kritikal yang dibuat oleh seorang pengamal reflektif secara
berkolaboratif bersama orang lain, bertanggungjawab dengan memaklumkan dapatan serta
penemuannya untuk tujuan berkongsi dengan orang lain. Ini bermakna dapatan
daripada sesuatu kajian yang telah dilakukan boleh dikongsi bersama dengan
masyarakat dan pengkaji lain bagi mengubah sesuatu masalah itu daripada menjadi
terus buruk.
Jelas di sini bahawa dengan
melakukan kajian tindakan seseorang penyelidik atau guru itu secara tidak
langsung dapat meningkatkan tahap profesional perguruannya dan mengatasi
masalah yang berlaku serta meningkatkan mutu pengajaran agar terus mampu untuk
menempuh alam pendidikan yang penuh mencabar pada masa sekarang.
No comments:
Post a Comment