Wednesday, 4 May 2016

Contoh kajian tindakan




1.0 Isu Keprihatinan
Isu keprihatinan merupakan satu perkara yang diutamakan dalam kajian ini. Isu ini merupakan proses mengenal pasti amalan yang bermasalah iaitu isu dalam bilik darjah yang menjadi perhatian (Akhiar Pardi 2011:123). Ini bermaksud perkara yang dibincangkan dalam komponen ini merupakan perkara yang amat penting yang menyebabkan sesuatu objektif itu tidak tercapai dan akhirnya pelajar tidak dapat menerima pembelajaran dengan baik. Pada peringkat ini guru perlu memberi tumpuan pada refleksi yang telah dibuat dan terangkan masalah yang dihadapi semasa pengoperasian dan mengapa perkara tersebut berlaku (Othman Lebar2011:87). Ini menunjukkan bahawa pada peringkat ini guru perlu memberi tumpuan dengan mencari punca sebenar yang menyebabkan objektif yang telah dirancang pada hari tersebut tidak tercapai.
            Bagi kajian ini saya hanya memberi tumpuan kepada aspek penulisan rumusan yang lengkap. Hal ini demikian kerana murid sentiasa menghadapi masalah untuk menghasilkan sebuah rumusan yang baik. Bagi menghasilkan satu rumusan yang lengkap murid perlu membuat pendahuluan, mencari isi tersurat, mencari isi tersirat dan akhir sekali kita perlu membuat penutup. Walaupun begitu topik ini merupakan satu topik yang sukar untuk dikuasai oleh murid yang lemah. Bagi murid yang tidak mempunyai masalah mereka tidak menghadapi kesukaran untuk menghasilkan satu rumusan yang lengkap.
            Bagi kajian ini saya telah memilih tiga orang murid dari tingkatan empat Zuhal. Tingkatan empat Zuhal merupakan murid yang terdiri daripada kelas yang keenam. kebanyakan murid di kelas ini merupakan mereka yang agak lemah dalam kosa kata dan perbendaharaan kata. Saya memilih kelas ini juga untuk melihat perubahan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas sesi pengajaran berlaku.
            Untuk pengajaran ini saya telah memilih untuk menggunakan model langsung. Hal ini demikian kerana model ini lebih sesuai untuk memberi bimbingan dan panduan kepada murid yang tidak mengetahui sebarang perkara. Hal ini bermaksud bahawa saya perlu mengajar setiap langkah yang perlu digunakan untuk menghasilkan satu rumusan yang lengkap. Saya perlu mengajar dari teknik yang perlu digunakan untuk pendahuluan dan kemudian untuk isi tersurat, isi tersirat dan akhir sekali penutup. Setiap kompenan ini mempunyai teknik yang berbeza.
            Bagi teknik yang perlu digunakan guru perlu menerangkan kepada murid bahawa untuk menghasilkan pendahuluan kata kunci yang digunakan dalam soalan boleh dijadikan panduan untuk membuat pendahuluan namun untuk membina pendahuluan kata kunci tersebut perlu disesuaikan dengan kata sinonim yang sesuai. Sebagai contoh perkataan “punca-punca” kita perlu menukar kepada “faktor-faktor”. Walau bagaimanapun masih terdapat murid yang tidak dapat membuat pendahuluan ini dengan baik.
            Bagi teknik yang digunakan untuk mencari isi tersurat pula kita perlu merujuk kepada kata kunci yang terdapat dalam soalan. Jika soalan ini meminta murid untuk mencari “punca-punca” kita perlu mencari isi yang terdapat dalam petikan berkaitan dengan punca-punca. Isi tersurat  merupakan isi yang terdapat dalam petikan dan agak mudah untuk dikesan dan bagi memastikan murid mampu untuk mencari isi ini murid perlu memahami dengan baik petikan yang dibaca dan kehendak soalan yang diinginkan.
            Bagi teknik untuk mencari isi tersirat pula, isi tersirat ini merupakan satu kompenan di mana memerlukan murid untuk memikirkan perkara yang tidak terdapat di dalam teks. Hal ini bermaksud murid perlu menyatakan dan memikirkan secara individu bagi memberikan pendapat yang bernas semasa perbincangan ini dilakukan. Setiap individu mempunyai pendapat yang tersendiri dan pastinya pendapat yang diberikan perlu positif bagi memastikan pendapat tersebut diterima dengan baik.
            Bagi perenggan penutup pula murid perlu memberikan pendapat yang ringkas bagi menyokong atau memberikan pandangan yang bernas bagi menutup rumusan tersebut.
1.1 Objektif
Objektif utama kajian ini dilakukan adalah untuk mencari cara yang paling tepat yang boleh digunakan untuk membantu pelajar dalam menyelesaikan tugasan seperti rumusan mereka. Penambahbaikan ini dilakukan bagi memastikan murid saya akan lebih mudah untuk memahami dan menjadikan rancangan pengajaran lebih teratur.
1.2 Kumpulan Kajian
Kumpulan sasaran adalah pelajar tingkatan empat. Pelajar ini terdiri daripada tiga orang pelajar perempuan yang terdapat dalam sebuah kelas yang berjumlah 35 orang. Ketiga-tiga pelajar yang dipilih ini merupakan mereka yang sederhana dalam pembelajaran.
2.0 Pelaksanaan Kajian (Gelungan 1)
2.1 Merancang
Selepas saya melihat secara keseluruhan kelas tersebut saya mendapati hanya beberapa orang pelajar yang menghadapi kesukaran untuk membuat rumusan dengan baik. Mereka boleh memahami petikan yang saya berikan namun mereka agak terkeliru untuk menilai dan menentukan sama ada isi yang terdapat dalam petikan tersebut merupakan isi tersurat atau tidak. Selain itu mereka juga menghadapi masalah untuk menyatakan idea yang berkaitan dengan isi tersirat. Hal ini demikian kerana isi tersirat merupakan satu kompenan yang memerlukan murid untuk berfikir dengan lebih kreatif bagi mendapatkan jawapan yang baik. Kelemahan murid ialah mereka tidak mampu untuk berfikir ke arah tersebut dengan sempurna.
Antara perkara yang dirancang:
       I.            Masa Kajian
Menetapkan masa untuk melakukan pengajaran selama tujuh puluh minit. Pengajaran dilakukan dengan membuat penambahbaikan dengan mempelbagaikan bahan bantu mengajar demi merangsang pemikiran murid.
    II.            Murid Yang Terlibat
Murid yang terlibat dalam pengajaran ini ialah pelajar tingkatan empat. Seramai tiga orang telah dipilih daripada jumlah keseluruhan iaitu seramai 35 orang.  
 III.            Kemahiran Fokus
Kemahiran yang ingin diberi perhatian ialah kemahiran membuat rumusan dengan lengkap.  Setiap murid perlu mempunyai kemahiran untuk membuat rumusan kerana setiap kompenan dalam rumusan ini memerlukan teknik yang berbeza. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang amat penting yang perlu ada dan dikuasai oleh setiap murid bagi memastikan mereka dapat menghasilkan sebuah penulisan yang lengkap.
            Saya akan mempelbagaikan teknik pembentangan bagi memastikan murid dapat memahami dengan baik penerangan yang telah dilakukan. Selain itu kunci soalan yang berkaitan dengan petikan juga akan diberikan perhatian khusus bagi memastikan bahawa hanya isi penting sahaja yang di kumpulkan oleh murid.
            Guru akan mempelbagaikan cara penerangan untuk memastikan murid benar-benar faham setiap kriteria tersebut sebelum guru berpindah kepada kriteria lain. Guru juga akan memfokuskan hanya kepada satu masalah sahaja iaitu fokus kepada kata kunci untuk melihat kehendak soalan bagi melihat isi tersurat dan isi tersirat. Hal ini akan mengelakkan murid daripada terus mencari isi yang tidak berkaitan dengan tajuk yang dikehendaki.
 IV.            Kaedah Pengajaran
Kaedah yang digunakan untuk rumusan ini ialah kaedah atau teknik model langsung. Model langsung ini merupakan model yang akan membimbing pelajar dari mereka tidak mengetahui sehingga mereka mengetahui sesuatu perkara tersebut dengan baik. Model ini lebih menekankan kepada aspek bimbingan daripada guru sehingga pelajar dapat membuat sesuatu tugasan atau pengajaran yang dirancang dengan baik.
            Pada model ini juga terdapat satu fasa yang akan memberi peluang kepada pelajar untuk membuat latihan bersama-sama dengan guru dan mendapat bimbingan guru sepenuhnya manakala fasa yang seterusnya pelajar akan diminta untuk membuat latihan secara persendirian bagi memastikan mereka benar memahami tajuk yang telah dibincangkan tersebut.
    V.            Alat Bantu
Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti kad manila, marker, dan lembaran kerja. Bahan bantu mengajar ini merupakan bahan yang mampu menarik perhatian murid. Selain itu bagi membimbing pelajar pelbagai latihan yang akan dibuat bersama dengan bimbingan guru telah disediakan. Latihan yang diberikan ini mampu untuk merangsang pemikiran pelajar agar mereka tidak terlalu terikat dengan sesuatu yang dipelajari.
            Selain itu penggunaan gambar yang berkaitan dengan fasa memberitahu juga telah ditambah untuk memudahkan murid melihat perkaitan antara penerangan yang diberikan oleh guru dengan situasi yang dimaksudkan oleh guru. penggunaan gambar ini akan membuatkan pelajar tidak perlu membayangkan situasi yang digambarkan malah dengan penggunaan gambar murid boleh memberi perhatian mereka kepada aspek lain yang lebih penting.
 VI.            Alat Yang Digunakan Untuk Memungut Data
Alat yang digunakan untuk memungut data ini boleh berada dalam pelbagai bentuk. Untuk kajian ini pengkaji telah menggunakan bentuk dokumen untuk digunakan dalam proses pengumpulan data ini. Bogdan dan Biklen (1998) dalam Othman Lebar (2011:150) menyatakan bahawa istilah dokumen sebagai bahan seperti fotografi, video, filem, memo, surat, diari, rekod kes klinikal serta memo dalam pelbagai bentuk dan jenis yang boleh digunakan sebagai maklumat sokongan kepada temu bual dan pemerhatian. Dokumen yang dimaksudkan ialah dokumen yang telah disediakan oleh penyelidik.  Dokumen ini akan digunakan oleh pelajar untuk membuat tugasan yang disediakan dan berdasarkan latihan yang dibuat oleh pelajar guru telah meneliti untuk mengkaji tahap penguasaan dan pemahaman pelajar.
VII.            Perancangan Pengajaran
Saya telah membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan saya gunakan dalam pengajaran itu nanti. Saya merancang untuk pengajaran selama tujuh puluh minit. Model yang saya pilih ialah model langsung. Dalam model ini terdapat enam fasa utama iaitu set induksi, fasa soroton,  fasa memberitahu, fasa latihan berpandu, fasa latihan kendiri, dan kesimpulan.
2.2 Melaksana Pengajaran Dan Mencerap
Saya mengajar seperti yang telah dirancang. Pelajar saya yang juga terdiri daripada kelas tingkatan empat zuhal dan kajian ini hanya tertumpu pada tiga orang pelajar sahaja. Kesemua pelajar akan mendapat lembaran kerja yang sama namun saya akan memberikan tumpuan dan perhatian yang lebih bagi melihat kebolehan pelajar sama ada semakin meningkat atau menurun.
2.3 Menganalisis Data
Setelah sesi pengajaran tamat saya telah mengumpul semula semua latihan yang telah dibuat oleh pelajar bagi melihat hasil yang diperolehi. Seperti biasa saya akan menumpukan lebih tumpuan kepada tiga orang pelajar yang menjadi bahan kajian saya. Kertas soalan yang saya berikan kepada mereka telah di tanda dan disemak oleh saya bagi memastikan mereka dapat menyiapkan dengan baik tugasan yang telah saya berikan tersebut.
            Setelah saya menilai dan meneliti hasil kerja yang dibuat oleh murid banyak lagi perkara yang perlu dilakukan. Setiap elemen yang digunakan untuk membuat rumusan tersebut mempunyai peraturan dan teknik yang tersendiri dan disebabkan itu rumusan merupakan satu kompenan yang dipandang mudah oleh pelajar namun rumusan juga merupakan satu konsep atau kompenan yang akan menyebabkan pelajar akan kehilangan banyak markah disebabkan rumusan merupakan satu kompenan yang agak rumit dan memerlukan penelitian dan kemahiran yang tertentu untuk menghasilkan satu rumusan yang lengkap.
            Hasil penelitian saya kepada ketiga-tiga pelajar saya mendapati bahawa bagi aspek yang pertama iaitu untuk membuat pendahuluan, pelajar perlu mengubah kata kunci yang terdapat pada soalan sebelum menggantikan dengan perkataan yang sinonim dengan perkataan tersebut. Namun pelajar agak sukar untuk melihat dan memikirkan perkataan yang sinonim dengan perkataan tersebut sehingga mereka menyalin sahaja kata kunci asal dan pastinya ini akan menyebabkan sedikit markah akan dipotong.
            Bagi aspek mencari isi tersurat, pelajar agak terkeliru dengan petikan yang telah diberikan. Hal ini kerana terdapat sesetengah pelajar yang akan menyatakan bahawa huraian yang terdapat dalam petikan tersebut sebagai satu isi. Pelajar menyatakan sedemikian kerana mereka tidak memahami dengan baik petikan yang telah dibincangkan. Pelajar juga menganggap bahawa setiap huraian perlu mempunyai contoh dan jika tidak mempunyai contoh ayat tersebut akan dianggap sebagai satu isi. Ini pastinya akan menjejaskan penulisan yang bakal dilakukan kerana jika huraian yang diberikan dalam rumusan yang akan dihasilkan pastinya rumusan tersebut tidak menepati teknik yang sebenar dan pelajar akan kehilangan markah.
            Isi tersurat ini merupakan satu elemen yang wajib ada dalam penulisan rumusan. Kebiasaannya isi tersurat ini akan ditulis berserta dengan contoh. Kemudian teks ini juga akan mengelirukan murid dengan memberikan contoh yang baik dan ini secara tidak langsung akan menyukarkan murid yang penguasaan bahasa mereka lemah untuk membuat keputusan menentukan contoh tersebut sebagai isi atau contoh biasa yang tidak perlu dimasukkan dalam penulisan rumusan. Perkara ini sebenarnya menjadi perangkap utama kepada murid kerana murid akan menulis sekali contoh tersebut dan akhirnya jumlah perkataan akan menjadi banyak sedangkan isi yang diperolehi hanya sebahagian dari keseluruhan isi yang disediakan. Kebanyakan murid akan menganggap bahawa jika mereka telah menulis sebanyak 120 patah perkataan mereka akan menyatakan bahawa rumusan mereka sudah lengkap sedangkan penilaian akan dilakukan terhadap isi yang dimasukkan dan elemen jumlah patah perkataan turut diambil kira dalam penulisan mereka.
            Bagi aspek mencari dan membuat isi tersirat pula kebanyakan murid tidak dapat membuat dan menyatakan dengan baik isi tersebut. Mereka seperti tidak mampu untuk berfikir dan memberikan pandangan mereka berdasarkan kepada soalan yang telah disediakan. Murid yang menjadi subjek kajian juga tidak dapat memberikan pendapat dengan baik kerana menurut mereka  tidak tahu apa sebenarnya kehendak soalan.
            Kesimpulannya untuk gelungan pertama ini saya hanya memberi tumpuan untuk melihat keupayaan murid menghasilkan satu rumusan yang lengkap. Setelah saya dapat mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid kemudian saya dapat merancang kemahiran dan aktiviti yang sesuai untuk digunakan dalam pengajaran bagi membantu mereka membuat rumusan dengan lebih baik.
3.0 Pelaksanaan Kajian (Gelungan 2)
3.1 Objektif gelungan kedua
Untuk gelungan kedua ini saya akan memberi tumpuan kepada aspek untuk mencari isi tersirat yang terdapat dalam soalan.
3.2 Merancang
Untuk gelungan ini saya telah merancang untuk memberi pendedahan kepada murid bagaimana cara yang boleh digunakan untuk mencari dan memberikan pendapat berkaitan dengan isi tersirat. Saya juga akan menggalakkan mereka berfikir kerana untuk kompenan ini memerlukan murid untuk berfikir dengan baik bagi memberikan pendapat mereka. Isi tersirat menjadi pilihan kedua saya kerana saya merasakan isi tersirat ini merupakan satu perkara yang amat sukar memandangkan subjek kajian saya terdiri daripada murid kelas lemah. Bagi mereka untuk berfikir merupakan satu tugas yang sukar dan saya akan menumpukan lebih tumpuan pada bahagian ini.
Antara perkara yang dirancang:
       I.            Masa Kajian
Menetapkan masa untuk melakukan pengajaran selama tujuh puluh minit. Pengajaran dilakukan dengan membuat penambahbaikan dengan mempelbagaikan bahan bantu mengajar demi merangsang pemikiran murid.
    II.            Murid Yang Terlibat
Murid yang terlibat dalam pengajaran ini ialah pelajar tingkatan empat. Seramai tiga orang telah dipilih daripada jumlah keseluruhan iaitu seramai 35 orang.  
 III.            Kemahiran Fokus
Kemahiran yang ingin diberi perhatian ialah kemahiran menyatakan isi tersirat. Kemahiran ini merupakan satu kemahiran yang amat penting. Kemahiran ini akan menggalakkan murid untuk berfikir dengan lebih baik dan dapat memberikan pendapat mereka berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Rangsangan akan diberikan kepada murid untuk membantu mereka berfikir dan menyatakan pendapat mereka terhadap isi yang dibincangkan.
 IV.            Kaedah Pengajaran
Kaedah yang digunakan untuk rumusan ini ialah kaedah atau teknik model langsung. Model langsung ini merupakan model yang akan membimbing pelajar dari mereka tidak mengetahui sehingga mereka mengetahui sesuatu perkara tersebut dengan baik. Model ini lebih menekankan kepada aspek bimbingan daripada guru sehingga pelajar dapat membuat sesuatu tugasan atau pengajaran yang dirancang dengan baik.
            Pada model ini juga terdapat satu fasa yang akan memberi peluang kepada pelajar untuk membuat latihan bersama-sama dengan guru dan mendapat bimbingan guru sepenuhnya manakala fasa yang seterusnya pelajar akan diminta untuk membuat latihan secara persendirian bagi memastikan mereka benar memahami tajuk yang telah dibincangkan tersebut.
    V.            Alat Bantu
Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti kad manila, marker, dan lembaran kerja. Bahan bantu mengajar ini merupakan bahan yang mampu menarik perhatian murid. Selain itu bagi membimbing pelajar pelbagai latihan yang akan dibuat bersama dengan bimbingan guru telah disediakan. Latihan yang diberikan ini mampu untuk merangsang pemikiran pelajar agar mereka tidak terlalu terikat dengan sesuatu yang dipelajari.
            Selain itu tajuk dan isu yang sesuai telah dipilih oleh guru untuk dijadikan bahan perbincangan di dalam kelas. Tajuk tersebut akan dibincangkan satu persatu untuk memastikan murid dapat memberikan pendapat mereka dan menggalakkan mereka untuk memberikan pendapat secara bernas.
 VI.            Alat Yang Digunakan Untuk Memungut Data
Alat yang digunakan untuk memungut data ini boleh berada dalam pelbagai bentuk. Untuk kajian ini pengkaji telah menggunakan bentuk dokumen untuk digunakan dalam proses pengumpulan data ini. Bogdan dan Biklen (1998) dalam Othman Lebar (2011:150) menyatakan bahawa istilah dokumen sebagai bahan seperti fotografi, video, filem, memo, surat, diari, rekod kes klinikal serta memo dalam pelbagai bentuk dan jenis yang boleh digunakan sebagai maklumat sokongan kepada temu bual dan pemerhatian. Dokumen yang dimaksudkan ialah dokumen yang telah disediakan oleh penyelidik.  Dokumen ini akan digunakan oleh pelajar untuk membuat tugasan yang disediakan dan berdasarkan latihan yang dibuat oleh pelajar guru telah meneliti untuk mengkaji tahap penguasaan dan pemahaman pelajar.
VII.            Perancangan Pengajaran
Saya telah membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan saya gunakan dalam pengajaran itu nanti. Saya merancang untuk pengajaran selama tujuh puluh minit. Model yang saya pilih ialah model langsung. Dalam model ini terdapat enam fasa utama iaitu set induksi, fasa soroton,  fasa memberitahu, fasa latihan berpandu, fasa latihan kendiri, dan kesimpulan.
3.3 Melaksana Pengajaran Dan Mencerap
Saya mengajar seperti yang telah dirancang. Pelajar saya yang juga terdiri daripada kelas tingkatan empat zuhal dan kajian ini hanya tertumpu pada tiga orang pelajar sahaja. Kesemua pelajar akan mendapat lembaran kerja yang sama namun saya akan memberikan tumpuan dan perhatian yang lebih bagi melihat kebolehan pelajar sama ada semakin meningkat atau menurun.
3.4 Menilai data
Untuk gelungan kedua  ini saya memberi tumpuan kepada teknik yang boleh digunakan untuk membuat dan mencari isi tersirat yang terdapat dalam petikan.
            Isi tersirat merupakan satu kompenan yang perlu ada dalam penulisan rumusan Bahasa Melayu. Isi tersirat ini merupakan satu kemahiran yang perlu dimiliki oleh murid. Hal ini demikian kerana isi tersirat merupakan satu elemen yang memerlukan murid berfikir untuk menyatakan pendapat  mereka berdasarkan kepada kata kunci soalan yang disediakan. Isi tersirat dalam rumusan ini perlu diberikan oleh murid setelah selesai membuat isi tersurat. Isi tersirat biasanya perlu diberikan dalam jumlah yang paling maksimum iaitu dua isi sahaja. Namun begitu kebanyakan murid tidak dapat membuat dan menyatakan isi tersirat ini dengan baik dan ini menjadikan rumusan yang dihasilkan tidak sempurna dan tidak lengkap kerana tidak mengikut format yang telah ditetapkan.
            Bagi aktiviti yang dirancang untuk mencari isi tersirat ini saya telah menyediakan beberapa soalan yang berlainan. Dalam soalan tersebut saya akan meminta murid untuk memberikan sekurang-kurangnya lima isi yang bersesuaian untuk dijadikan sebagai isi tersirat dalam sesebuah rumusan. Jika murid dapat memberikan isi yang diminta pastinya murid memahami dengan baik kehendak soalan dan mereka dapat membuat latihan rumusan dengan baik.
            Saya memulakan sesi perbincangan dengan memberikan satu tajuk kepada murid. Kemudian saya telah membuat aktiviti sumbang saran untuk mengumpul semua idea dan pemahaman murid berdasarkan kepada pemahaman mereka. Saya juga telah menekankan kepada konsep berfikir kerana untuk bahagian ini murid perlu untuk berfikir secara positif bagi memastikan mereka dapat memberikan pendapat yang berguna dan positif bergantung pada soalan yang disediakan. Soalan rangsangan juga saya telah berikan untuk memastikan mereka mampu untuk berfikir dan menyatakan pendapat mereka. Bagi murid yang menjadi kajian saya, saya telah bertanyakan beberapa soalan bagi melihat pemahaman mereka dan keupayaan mereka memberikan pendapat dan mereka dapat memberikan pendapat dengan baik dan bernas namun terdapat juga pendapat yang diberikan tidak positif dan saya perlu memurnikan semula pendapat mereka itu. Namun galakkan yang diberikan kepada murid dapat menjadi pendorong kepada mereka untuk memberikan pendapat.
            Kemudian saya telah memberikan lembaran kerja kepada murid dan mereka diberikan masa untuk membuat lembaran tersebut. Dalam lembaran tersebut murid hanya perlu menyatakan lima isi sahaja yang berkaitan dengan tajuk yang diberikan.
            Setelah selesai latihan tersebut guru telah membuat sesi perbincangan dalam kelas dan meminta murid yang menjadi bahan kajian untuk menyatakan jawapan yang mereka telah buat. pada latihan pertama murid tidak dapat memberikan jawapan yang agak baik kerana soalan yang disediakan agak sukar dan pada latihan kedua murid telah berjaya memberikan jawapan yang lebih baik kerana soalan yang diberikan lebih mudah dan mereka dapat menyatakan pendapat mereka dengan baik sekali.
            Sebagai pengukuhan saya telah merangsang fikiran mereka dengan bertanyakan soalan yang dapat membantu mereka menjawab secara spontan berdasarkan beberapa isi yang saya bawa seperti pencemaran dan langkah mengatasi pencemaran. Ternyata mereka boleh buat dan mampu untuk berfikir dengan baik.
            Kesimpulannya kesemua murid dapat memberikan pendapat mereka dengan baik dan walaupun terdapat kesalahan kerana pendapat yang diberikan tidak sesuai namun peneguhan dan pembetulan yang diberikan telah dapat membantu mereka dan memandu mereka untuk berfikir dengan lebih jauh dan matang.



4.0 Pelaksanaan Kajian (Gelungan 3)
4.1 Objektif gelungan ketiga
Objektif gelungan kedua ini adalah untuk melihat kemahiran murid untuk mencari isi tersurat yang terdapat dalam petikan yang diberikan.
4.2 Merancang
Selepas saya melihat kepada pencapaian murid pada gelungan pertama, saya mendapati banyak kelemahan yang terdapat pada murid. Disebabkan itu untuk gelungan ketiga ini tumpuan akan lebih diberikan kepada aspek isi tersurat sahaja.
       I.            Masa Kajian
Menetapkan masa untuk melakukan pengajaran selama tujuh puluh minit. Pengajaran dilakukan dengan membuat penambahbaikan dengan mempelbagaikan bahan bantu mengajar demi merangsang pemikiran murid.
    II.            Murid Yang Terlibat
Murid yang terlibat dalam pengajaran ini ialah pelajar tingkatan empat. Seramai tiga orang telah dipilih daripada jumlah keseluruhan iaitu seramai 35 orang.  
 III.            Kemahiran Fokus
Kemahiran yang ingin diberi perhatian ialah kemahiran mencari isi tersurat. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang amat penting yang perlu ada dan dikuasai oleh setiap murid bagi memastikan mereka dapat menghasilkan sebuah penulisan yang lengkap.
 IV.            Kaedah Pengajaran
Kaedah yang digunakan untuk rumusan ini ialah kaedah atau teknik model langsung. Model langsung ini merupakan model yang akan membimbing pelajar dari mereka tidak mengetahui sehingga mereka mengetahui sesuatu perkara tersebut dengan baik. Model ini lebih menekankan kepada aspek bimbingan daripada guru sehingga pelajar dapat membuat sesuatu tugasan atau pengajaran yang dirancang dengan baik.
    V.            Alat Bantu
Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti marker, dan lembaran kerja. Bahan bantu mengajar ini merupakan bahan yang mampu menarik perhatian murid. Selain itu bagi membimbing pelajar pelbagai latihan yang akan dibuat bersama dengan bimbingan guru telah disediakan. Latihan yang diberikan ini mampu untuk merangsang pemikiran pelajar agar mereka tidak terlalu terikat dengan sesuatu yang dipelajari. Guru juga menyediakan beberapa petikan dan setiap petikan tersebut mempunyai beberapa isi tersurat dan murid perlu mencari isi tersebut berdasarkan kepada soalan yang terdapat dalam petikan tersebut.
            Selain itu penggunaan gambar yang berkaitan dengan fasa memberitahu juga telah ditambah untuk memudahkan murid melihat perkaitan antara penerangan yang diberikan oleh guru dengan situasi yang dimaksudkan oleh guru. penggunaan gambar ini akan membuatkan pelajar tidak perlu membayangkan situasi yang digambarkan malah dengan penggunaan gambar murid boleh memberi perhatian mereka kepada aspek lain yang lebih penting.
 VI.            Alat Yang Digunakan Untuk Memungut Data
Alat yang digunakan untuk memungut data ini boleh berada dalam pelbagai bentuk. Untuk kajian ini pengkaji telah menggunakan bentuk dokumen untuk digunakan dalam proses pengumpulan data ini. Bogdan dan Biklen (1998) dalam Othman Lebar (2011:150) menyatakan bahawa istilah dokumen sebagai bahan seperti fotografi, video, filem, memo, surat, diari, rekod kes klinikal serta memo dalam pelbagai bentuk dan jenis yang boleh digunakan sebagai maklumat sokongan kepada temu bual dan pemerhatian. Dokumen yang dimaksudkan ialah dokumen yang telah disediakan oleh penyelidik.  Dokumen ini akan digunakan oleh pelajar untuk membuat tugasan yang disediakan dan berdasarkan latihan yang dibuat oleh pelajar guru telah meneliti untuk mengkaji tahap penguasaan dan pemahaman pelajar.
VII.            Perancangan Pengajaran
Saya telah membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan saya gunakan dalam pengajaran itu nanti. Saya merancang untuk pengajaran selama tujuh puluh minit. Model yang saya pilih ialah model langsung. Dalam model ini terdapat enam fasa utama iaitu set induksi, fasa soroton,  fasa memberitahu, fasa latihan berpandu, fasa latihan kendiri, dan kesimpulan.
4.3 Melaksana Pengajaran Dan Mencerap
Saya mengajar seperti yang telah dirancang. Pelajar saya yang juga terdiri daripada kelas tingkatan empat zuhal dan kajian ini hanya tertumpu pada tiga orang pelajar sahaja. Kesemua pelajar akan mendapat lembaran kerja yang sama namun saya akan memberikan tumpuan dan perhatian yang lebih bagi melihat kebolehan pelajar sama ada semakin meningkat atau menurun.
4.4 Menilai data
Gelungan ketiga merupakan gelungan yang hanya memberi tumpuan kepada aspek mencari isi tersurat seperti yang telah dirancang. Perancangan akan dibuat seperti yang dirancang di mana murid akan diberikan beberapa petikan yang mempunyai soalan yang berbeza dan  murid dikehendaki untuk mencari isi tersurat dalam petikan yang telah disediakan.
            Pengajaran telah dimulakan dengan saya memberikan penerangan berkaitan tajuk yang hendak dibincangkan. Saya telah memberikan satu tajuk secara rawak kepada murid. Tujuan saya berbuat demikian adalah untuk memastikan murid memahami dengan baik sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Kemudian saya telah berbincang dengan murid untuk meminta mereka memberikan pendapat berkaitan dengan tajuk yang diberikan. Mereka dapat memberikan pendapat dan dapat berkongsi pendapat mereka dengan rakan sekelas yang lain. Bagi murid yang lemah pula saya telah merangsang pemikiran mereka dengan memberikan soalan yang mudah bagi menggalakkan mereka untuk bercakap dan memberikan pendapat mereka.
            Setelah saya berpuas hati dengan pemahaman dan perkembangan yang ditunjukkan oleh murid saya telah memberikan lembaran kerja kepada murid. Dalam lembaran kerja tersebut terdapat beberapa petikan di mana murid perlu membaca petikan tersebut dan mencari isi tersurat berdasarkan soalan yang disediakan. Murid hanya perlu menulis semula isi tersebut dalam ruangan yang disediakan. Saya juga telah menyediakan ruangan khas di mana murid perlu menulis contoh bagi setiap isi yang dinyatakan jika contoh tersebut dinyatakan dalam petikan tersebut. Tumpuan saya berikan kepada tiga orang murid yang menjadi bahan kajian saya. Saya telah memberikan mereka masa bagi memastikan mereka dapat membuat latihan yang diberikan dengan baik.
            Setelah selesai sesi membuat latihan, guru telah membuat perbincangan dalam kelas tersebut. Perbincangan lebih difokuskan kepada jawapan yang diberikan dalam latihan yang disediakan. Penilaian dilakukan dengan melihat jawapan dan isi yang betul yang dituliskan oleh murid. Kebanyakan murid dapat menjawab soalan tersebut dengan baik. Begitu juga dengan murid yang menjadi bahan kajian saya. Mereka dapat memberikan jawapan yang baik dan contoh juga dapat dimasukkan dalam ruangan yang disediakan dengan betul. Isi tersurat ini dapat dibuat dengan baik kerana isi tersurat sudah terdapat dalam petikan dan murid hanya perlu mencari berdasarkan kepada kata kunci yang terdapat pada soalan.
            Setelah saya berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh murid saya telah membuat pengukuhan dengan memberikan satu lagi petikan rumusan. Dalam petikan tersebut saya telah meminta murid untuk mencari isi tersurat berdasarkan kepada soalan yang telah disediakan. Latihan ini juga dapat dibuat dengan baik oleh murid dan saya berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka.
            Sebagai kesimpulannya saya berasa yakin bahawa mereka boleh membuat latihan dan mencari isi tersurat yang terdapat dalam petikan dengan baik. Saya juga berasa mereka mampu untuk membuat latihan tersebut asalkan mereka memahami dengan baik kata kunci yang terdapat dalam soalan dan kata kunci ini akan membantu murid untuk menjawab soalan yang telah disediakan.
5.0 Pelaksanaan Kajian (Gelungan 4)
5.1 Objektif
Pada gelungan keempat ini tumpuan lebih diberikan kepada hasil rumusan tersebut. Dalam penulisan rumusan terdapat empat perenggan yang perlu dihasilkan oleh murid iaitu yang pertama perenggan pendahuluan, yang kedua perenggan isi tersurat, yang ketiga perenggan isi tersirat dan yang keempat perenggan penutup. Objektif ini lebih menekankan kepada kebolehan murid untuk menghasilkan satu rumusan yang lengkap dan betul berdasarkan format penulisan yang telah ditetapkan.


5.2 Merancang      
Untuk pengajaran kali ini saya akan meminta murid untuk membuat satu rumusan yang lengkap. Rumusan yang lengkap ini akan dilihat kerana sebelum menghasilkan rumusan ini murid telah diberi pendedahan dan latihan yang berkaitan untuk memastikan mereka dapat menghasilkan satu rumusan yang baik dan lengkap.
Antara perkara yang dirancang:
       I.            Masa Kajian
Menetapkan masa untuk melakukan pengajaran selama tujuh puluh minit. Pengajaran dilakukan dengan membuat penambahbaikan dengan mempelbagaikan bahan bantu mengajar demi merangsang pemikiran murid.
    II.            Murid Yang Terlibat
Murid yang terlibat dalam pengajaran ini ialah pelajar tingkatan empat. Seramai tiga orang telah dipilih daripada jumlah keseluruhan iaitu seramai 35 orang.  
 III.            Kemahiran Fokus
Kemahiran yang ingin diberi perhatian ialah kemahiran membuat rumusan dengan lengkap.  Setiap murid perlu mempunyai kemahiran untuk membuat rumusan kerana setiap kompenan dalam rumusan ini memerlukan teknik yang berbeza. Kemahiran ini merupakan kemahiran yang amat penting yang perlu ada dan dikuasai oleh setiap murid bagi memastikan mereka dapat menghasilkan sebuah penulisan yang lengkap.
 IV.            Kaedah Pengajaran
Kaedah yang digunakan untuk rumusan ini ialah kaedah atau teknik model langsung. Model langsung ini merupakan model yang akan membimbing pelajar dari mereka tidak mengetahui sehingga mereka mengetahui sesuatu perkara tersebut dengan baik. Model ini lebih menekankan kepada aspek bimbingan daripada guru sehingga pelajar dapat membuat sesuatu tugasan atau pengajaran yang dirancang dengan baik.
    V.            Alat Bantu
Guru menggunakan alat bantu mengajar seperti  marker, dan lembaran kerja. Bahan bantu mengajar ini merupakan bahan yang mampu menarik perhatian murid. Selain itu bagi membimbing pelajar pelbagai latihan yang akan dibuat bersama dengan bimbingan guru telah disediakan. Gambar berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan turut menjadi bahan bantu yang sesuai kerana terdapat murid yang agak sukar memahami bahasa dengan baik dan bantuan gambar dapat membantu mereka memahami penerangan dan tajuk yang dibincangkan.
 VI.            Alat Yang Digunakan Untuk Memungut Data
Alat yang digunakan untuk memungut data ini boleh berada dalam pelbagai bentuk. Untuk kajian ini pengkaji telah menggunakan bentuk dokumen untuk digunakan dalam proses pengumpulan data ini. Bogdan dan Biklen (1998) dalam Othman Lebar (2011:150) menyatakan bahawa istilah dokumen sebagai bahan seperti fotografi, video, filem, memo, surat, diari, rekod kes klinikal serta memo dalam pelbagai bentuk dan jenis yang boleh digunakan sebagai maklumat sokongan kepada temu bual dan pemerhatian. Dokumen yang dimaksudkan ialah dokumen yang telah disediakan oleh penyelidik.  Dokumen ini akan digunakan oleh pelajar untuk membuat tugasan yang disediakan dan berdasarkan latihan yang dibuat oleh pelajar guru telah meneliti untuk mengkaji tahap penguasaan dan pemahaman pelajar.
VII.            Perancangan Pengajaran
Saya telah membuat Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang akan saya gunakan dalam pengajaran itu nanti. Saya merancang untuk pengajaran selama tujuh puluh minit. Model yang saya pilih ialah model langsung. Dalam model ini terdapat enam fasa utama iaitu set induksi, fasa soroton,  fasa memberitahu, fasa latihan berpandu, fasa latihan kendiri, dan kesimpulan.
5.3 Melaksana Pengajaran Dan Mencerap
Saya mengajar seperti yang telah dirancang. Pelajar saya yang juga terdiri daripada kelas tingkatan empat zuhal dan kajian ini hanya tertumpu pada tiga orang pelajar sahaja. Kesemua pelajar akan mendapat lembaran kerja yang sama namun saya akan memberikan tumpuan dan perhatian yang lebih bagi melihat kebolehan pelajar sama ada semakin meningkat atau menurun.

5.4 Menilai data
Untuk pengajaran kali ini saya bercadang akan memberikan satu petikan kepada murid dan meminta murid untuk menghasilkan satu rumusan  yang lengkap. Dalam petikan tersebut saya telah memberikan sembilan isi tersurat seperti mana yang terdapat dalam petikan lain untuk rumusan. Kemudian murid kajian perlu menyiapkan latihan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan dan jumlah perkataan hanya 120 patah perkataan sahaja.
            Pada permulaan pengajaran saya telah berbincang dengan murid bagi memastikan murid memahami tajuk tersebut dengan baik memandangkan murid dalam kelas tersebut terdiri daripada murid yang lemah. Disebabkan itu saya berasa wajar untuk saya menerangkan berdasarkan kata kunci yang terdapat pada soalan bagi memastikan mereka dapat membuat latihan tersebut dengan baik dan tidak terpesong dari tajuk yang dinyatakan.
            Setelah sesi perbincangan selesai saya telah memberikan mereka masa untuk membuat latihan tersebut berdasarkan peruntukan masa sebenar seperti yang telah diperuntukkan dalam masa sebenar dalam peperiksaan. Hasil kajian akan dinilai dan di tanda bagi melihat perubahan yang berlaku terhadap pemahaman murid untuk menghasilkan sebuah rumusan yang lengkap.
            Setelah selesai dan diperiksa hasil pemeriksaan terhadap peserta kajian menunjukkan maklum balas yang positif. Rumusan yang dihasilkan dapat dihasilkan dengan sempurna walaupun terdapat sedikit kesalahan dari segi tatabahasa.
Setiap perenggan telah mempunyai kompenan yang betul seperti perenggan pendahuluan telah menggunakan kata dan perkataan yang sesuai yang menggambarkan konsep pendahuluan. Setiap perkataan yang menjadi kunci kepada soalan telah ditukarkan kepada perkataan yang sinonim dengan perkataan tersebut.
Bagi perenggan isi tersurat pula peserta kajian juga telah menyenaraikan sembilan isi yang dijumpai dan mereka dapat membezakan isi dan huraian yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian hanya enam isi yang dipilih untuk dimasukkan dalam penulisan rumusan tersebut memandangkan format yang telah ditetapkan seperti berikut. Peserta kajian mampu untuk memahami kehendak soalan dan seterusnya memilih beberapa isi yang sesuai untuk dijadikan sebagai rumusan.
Bagi perenggan isi tersirat pula peserta kajian telah mampu untuk memahami kehendak soalan dan berfikir untuk memberikan hanya dua pernyataan yang berkaitan dengan kehendak soalan tersebut. Mereka mampu untuk memberikan pernyataan yang sesuai jika mereka banyak membaca dan membuat kajian serba sedikit pastinya jawapan yang diberikan akan lebih menarik dan mencabar. Hal ini demikian kerana jawapan yang diberikan hanya sekadar jawapan yang logik dan boleh diterima akal tanpa ada sebarang peneguhan yang positif. Namun bukan jenis jawapan yang ingin dijadikan kajian tetapi pernyataan yang berkaitan dan positif yang akan diberikan keutamaan. hasilnya kesemua jawapan peserta kajian diterima dengan baik.
Bagi perenggan kesimpulan pula tiada banyak perubahan kerana perenggan kesimpulan merupakan perenggan yang menyimpulkan keseluruhan cerita tersebut secara keseluruhan dan peserta kajian dapat membuat dengan baik.
Kesimpulannya kajian yang dilakukan ini menunjukkan perubahan yang positif dan mereka mampu membuat satu rumusan yang baik. Pada awalnya mereka seperti tidak mampu untuk menghasilkan satu rumusan yang lengkap namun setelah diberikan bimbingan dan panduan bagi setiap peringkat hasilnya mereka berjaya mengikuti pengajaran dan pembelajaran tersebut dengan sempurna dan hasil yang ditunjukkan mereka ialah mereka dapat menghasilkan satu rumusan yang lengkap dan mengikut format peperiksaan yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment