Saya
masuk ke kelas tingkatan empat Zuhal. Saya telah membuat perancangan untuk
mengajar teknik yang boleh digunakan untuk memikirkan isi tersirat kepada
murid. Isi tersirat merupakan satu kompenan yang terdapat dalam rumusan di mana
setiap rumusan perlu mempunyai isi tersurat dan isi tersirat. Isi tersurat
merupakan satu kompenan yang terkandung dalam rumusan dan isi tersirat juga
terkandung dalam rumusan namun isi tersirat ini merupakan satu aspek di mana
murid perlu berfikir dengan kreatif untuk memberikan jawapan tersebut.
Saya telah memulakan set induksi
dengan menunjukkan sekeping gambar yang mempunyai pelbagai jenis pengangkutan.
Saya telah meminta respon dari murid untuk memastikan mereka memahami dengan
baik tajuk yang dibincangkan. Saya juga mendapat reaksi yang positif apabila
setiap soalan yang saya berikan telah dijawab dengan baik oleh para pelajar.
Kemudian saya telah membahagikan
murid kepada beberapa kumpulan dan saya telah meminta mereka untuk memberikan
pendapat mereka berdasarkan tajuk yang saya berikan. Setiap kumpulan perlu memberikan
sekurang-kurangnya empat isi penting berdasarkan tajuk yang diberikan. Apa yang menghairankan saya setelah
saya memberikan tajuk kepada murid mereka seperti tidak mampu untuk membuat
tugasan yang diberikan tersebut dengan sempurna. Mereka seperti terkeliru
dengan tugasan yang saya berikan berserta pandangan yang saya berikan semasa
permulaan kelas. Namun begitu tidak semua murid yang menghadapi kesukaran untuk
menyempurnakan latihan tersebut kerana mereka memahami dengan baik tajuk
tugasan yang diberikan.
Saya
terpanggil untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Adakah pengajaran
yang saya berikan hari ini terlalu berat? Adakah murid tidak memahami
penerangan yang saya berikan sebentar tadi? Adakah mereka tidak mampu untuk
membayangkan jawapan yang boleh digunakan? Adakah jawapan yang diberikan semasa
proses perbincangan dalam kumpulan tadi tidak tepat?
Saya
sedar bahawa kebanyakan dari murid dalam kelas tersebut tidak pernah pergi
melancong. Mereka semua tergolong dalam golongan keluarga yang susah.
Disebabkan itu mereka tidak dapat membayangkan konsep pelancongan yang diminta
dan akibatnya mereka tidak mampu untuk memberikan jawapan yang positif. Selain
itu kebanyakan murid dalam kelas ini merupakan mereka yang tidak diberi peluang
pendedahan berkaitan dengan dunia luar menyebabkan mereka tidak mempunyai
pengalaman yang cukup dan imaginasi yang pelbagai. Setelah saya memberikan
penerangan yang lebih mendalam dan saya meminta mereka untuk membuat latihan
tambahan kebanyakan murid sudah mampu untuk membuat latihan tersebut dengan
baik. Subjek kajian saya juga sudah dapat memberikan jawapan yang lebih positif
terhadap soalan yang diberikan tersebut.
Saya
bercadang untuk pengajaran akan datang saya akan membuat ulasan yang lebih
terperinci bagi memastikan murid dapat memahami dengan baik tajuk yang saya
berikan pada hari tersebut. Saya juga akan memperbanyakkan lagi soalan untuk
melatih pemikiran murid supaya terus berkembang. Saya juga akan merangsang
pemikiran mereka dengan memberikan mereka pelbagai jenis bahan rangsangan untuk
mereka berfikir dengan lebih kreatif. Selain itu saya juga bercadang untuk
memberi tumpuan pula kepada aspek isi tersurat. Hal ini demikian kerana
kebanyakan murid sudah mampu untuk membuat isi tersirat dengan baik dan tumpuan
harus diberikan kepada isi tersurat pula yang lebih mudah. Saya bercadang untuk
memberikan beberapa latihan kepada murid untuk dijadikan sebagai latihan
mereka.
No comments:
Post a Comment