Kajian
tindakan dilakukan untuk memperbaiki keadaan semasa responden kajian. Ini
melibatkan perubahan tingkah laku atau sikap responden pada akhir kajian. Dengan
kata lain kajian yang dilakukan ini diharap dapat mengubah sesuatu permasalahan
yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran sehingga menyebabkan
objektif tidak dapat dicapai. Selain itu kajian tindakan ini dilakukan bagi
memastikan aspek yang ditekankan dalam kurikulum dapat dicapai dengan sempurna.
Kajian tindakan dilakukan bertujuan untuk kemajuan, iaitu usaha menambah baik
kurikulum, institusi dan pretasi pelajar (Mok Soon Sang 2010 : 64). Ini
bermaksud terdapat permasalahan dan kepincangan dalam sesebuah kelas kerana
mengikuti kurikulum yang telah digariskan dan cara mengatasi adalah dengan
melakukan kajian tindakan bagi memastikan permasalahan tersebut dapat diatasi
dengan baik.
Contohnya
seorang guru mendapati bahawa sekumpulan pelajarnya kurang memberikan perhatian
dalam pelajarannya. Untuk memperbaiki keadaaan semasa guru tersebut membahagikan
pelajar tersebut kepada empat kumpulan dan aktiviti meningkatkan tahap
penumpuan pelajar berbeza-beza diberikan kepada kumpulan responden tersebut.
Dengan menggunakan reka bentuk eksperimental hasil kajian tindakan tersebut
menunjukkan tahap penumpuan perhatian pelajar kumpulan 1 dan 3 meningkat. Ini
bererti aktiviti yang diberikan dapat meningkatkan tahap penumpuan pelajar
melalui kajian tindakan tersebut.
No comments:
Post a Comment