Kajian
ini dilakukan untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Pada kebiasaannya
kajian ini akan dilakukan oleh pendidik di dalam bilik darjah (Zamri Mahmaod
201: 361). Ini jelas menunjukkan bahawa kebanyakan dari masalah berpunca dari
dalam kelas itu sendiri yang merangkumi pelbagai aspek. Masalah yang berlaku boleh
bermula sebelum semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran itu
berlangsung. Disebabkan itu kajian tindakan ini boleh dilakukan bagi mengatasi
masalah tersebut. Selain itu kajian penyelidikan yang dilakukan ini tertumpu
pada penyelesaian masalah dalam bilik darjah (Mok Soon Sang 2010 : 1). Hal ini
bermaksud kajian yang dilakukan hanya berada dalam lingkungan bilik darjah
sahaja yang menjadi punca sesuatu masalah itu dikaji dan dicari jalan
penyelesaiannya. Selain itu kajian yang dilakukan juga tidak mempunyai objektif
untuk membuktikan hipotesis atau memberi sumbangan kepada sains. Hasil kajian
yang dilakukan hanyalah digunakan untuk mempertingkatkan pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.
Sebagai contoh jika seseorang
penyelidik itu mendapati bahawa teknik penyoalan yang digunakan di dalam kelas
tidak begitu sesuai maka penyelidik boleh membuat kajian berdasarkan teknik soalan
yang sesuai yang boleh digunakan oleh guru di dalam kelas. Terdapat sesetengah
guru yang tidak mengetahui teknik menyoal yang sesuai menyebabkan murid tidak
dapat memahami dengan baik soalan yang diberikan dan murid tidak dapat berfikir
dengan baik jika masa yang diberikan oleh guru terlalu cepat. Berdasarkan
kepada contoh masalah tersebut guru boleh menggunakan masalah tersebut sebagai
kajian tindakan dan dengan menjalankan kajian tindakan masalah tersebut akan
dapat diselesaikan dengan sempurna.
No comments:
Post a Comment