Wednesday, 4 May 2016

1.4 Satu proses berulang


Kajian tindakan merupakan kajian yang berterusan ke atas amalan sosial dalam jangka masa panjang. Kajian ini juga berciri kitaran refleksi, perancangan, bertindak pemerhati refleksi dan seterusnya (Mok Soon Sang 2010 : 64). Ini menunjukkan bahawa konsep kitaran ini akan sentiasa berulang dan terus berulang sehingga sesuatu masalah tersebut dirasakan selesai. Sebelum setiap kitaran kajian dilakukan pengkaji akan membuat rumusan dan refleksi mengenai tindakan sama ada memperbaiki keadaan semasa atau tidak. Jika ini mencapai matlamat kitaran kajian tindakan baru akan dilakukan ke atas aspek lain yang berkaitan dengan keadaan semasa tersebut. Jika gagal pengkaji akan mengulangi proses kitaran tersebut dengan menggunakan tindakan-tindakan lain. Proses kajian tindakan tidak terhad atau berhenti pada satu kajian satu tahap sahaja. Ia boleh dijana kepada beberapa tahap kitaran jika difikir perlu sehingga hasil kajian itu mencapai peringkat optimum (Mok Soon Sang 2010 : 8). Rajah di bawah merupakan contoh lingkaran bagi melakukan proses kajian tindakan dijalankan.

No comments:

Post a Comment