Saya
masuk ke kelas tingkatan empat Zuhal. Saya akan menyentuh aspek berkaitan
dengan rumusan pada hari ini. Saya ingin menekankan kepada aspek penulisan dan
teknik yang boleh digunakan untuk mencari isi tersurat yang perlu ada dalam
penulisan tersebut.
Saya memulakan set induksi dengan
meminta mereka untuk menyatakan pemahaman mereka berkaitan dengan isi tersurat,
isi tersirat dan kata kunci yang boleh digunakan untuk menjawab soalan yang
berkaitan. Saya telah memberikan beberapa jenis tajuk dan membuat sumbang saran
bagi melihat pemahaman mereka berkaitan dengan tajuk tersebut. Sebagai contoh
“Punca kemalangan jalan raya” dan saya meminta murid untuk memberikan pendapat
mereka berkaitan dengan tajuk tersebut. Tujuan saya berbuat demikian adalah
untuk melihat pemahaman mereka berdasarkan tajuk yang saya berikan tersebut.
Saya telah memberikan petikan kepada
murid dan meminta mereka untuk membaca secara senyap terlebih dahulu. Saya
kemudian telah meminta mereka untuk membaca secara kuat. Saya juga telah
meminta mereka untuk mencari dan menggariskan isi tersurat yang mereka jumpa
dalam petikan tersebut. Apa yang menghairankan saya masih lagi terdapat sesetengah
murid yang tidak mampu untuk mencari isi tersebut. Selain itu murid juga
seperti tidak dapat mencari isi yang terdapat dalam petikan tersebut. Mereka
juga terkeliru antara isi dan huraian yang terdapat dalam petikan tersebut.
Saya
terpanggil untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Adakah mereka
tidak memahami pengajaran saya berkaitan dengan isi tersurat ? Adakah murid
tidak memahami petikan tersebut sehingga tidak mampu untuk memahami dengan baik
kehendak soalan tersebut?
Saya
sedar kebanyakan murid tidak mampu untuk mencari isi tersurat kerana mereka
tidak memahami dengan baik perkara berkaitan dengan petikan tersebut. Selain
itu murid juga tidak memahami kehendak soalan dan menyebabkan mereka tidak
dapat menyatakan dengan baik isi tersurat yang terdapat dalam petikan tersebut.
Selain itu murid juga tidak dapat membezakan isi dan contoh menyebabkan berlaku
kekeliruan antara huraian dan contoh yang diberikan. Namun saya mengambil
langkah sewajarnya dengan membantu mereka memberi penerangan dan menunjukkan
contoh yang betul dan akhirnya mereka dapat membuat dengan betul. Saya juga
telah menggalakkan mereka untuk membaca petikan tersebut berulang kali jika
mereka tidak memahami petikan tersebut dengan baik. Saya juga mengingatkan
semula kepada mereka berkaitan dengan pembinaan perenggan di mana perlu
melibatkan isi, huraian dan contoh untuk mendapatkan perenggan yang baik.
Saya
bercadang untuk pengajaran akan datang saya akan meminta mereka untuk
membaca dengan baik sebelum membuat tugasan tersebut. Selain itu saya juga akan
menambahkan lagi latihan mereka dan memastikan mereka dapat membuat dengan
lebih baik. Saya juga bercadang untuk meminta mereka untuk menghasilkan satu
rumusan yang lengkap untuk pengajaran akan datang memandangkan mereka semua
sudah menguasai kemahiran untuk mencari isi tersurat dan isi tersirat.
No comments:
Post a Comment