Saya
masuk ke kelas tingkatan empat Zuhal. Saya bercadang untuk mengajar rumusan
pada murid. Saya telah menyediakan teks rumusan kepada murid. Dalam teks
tersebut telah saya sediakan beberapa isi yang harus dicari oleh murid. Saya
juga telah menyediakan soalan untuk isi tersirat yang agak mudah untuk memberi
peluang kepada murid menyatakan pendapat mereka.
Saya telah memulakan set induksi
dengan berbincang dengan murid berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam petikan
tersebut. Saya juga telah meminta murid untuk menyatakan pendapat mereka
berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Saya juga telah memberi peluang
kepada murid untuk menyatakan apakah yang bakal dijumpai oleh murid dalam
petikan yang akan dibincangkan.
Saya telah memberi masa kepada murid
untuk membaca terlebih dahulu petikan tersebut dan mereka mampu untuk mencari
isi penting yang terdapat dalam petikan tersebut. Kemudian saya telah meminta
murid untuk menyatakan isi tersirat yang sesuai berdasarkan soalan yang telah
disediakan. Apa yang menghairankan
saya masih terdapat beberapa murid yang tidak dapat membuat dan menyatakan
pendapat mereka untuk bahagian isi tersirat. selain itu untuk isi tersurat
mereka sudah berjaya menjumpai dengan baik dan bagi murid yang menjadi kajian
saya mereka berjaya menyatakan kedua-dua kompenan isi dengan baik.
Saya
terpanggil untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Adakah pengajaran
saya sebelum ini tidak begitu baik sehingga murid tidak memahami cara untuk
membuat isi tersirat? Adakah murid tidak
mempunyai pendapat untuk diluahkan berdasarkan kepada soalan? Adakah soalan
yang saya sediakan terlalu sukar untuk murid?
Saya
sedar bahawa kebanyakan murid yang tidak dapat membuat isi tersirat dengan
baik ini merupakan mereka yang lemah dalam bahasa Melayu. Namun hanya
sebahagian sahaja yang masih lagi tidak mampu untuk membuat latihan ini.
Sebilangan besar yang lain sudah mampu untuk berfikir dan memberikan pendapat
mereka yang baik. Sebahagian yang lain juga sudah mampu untuk membuat rumusan yang saya inginkan.
Mereka mampu mencari isi tersurat, isi tersirat dengan baik.
Saya
bercadang untuk pengajaran akan datang saya akan meminta murid yang masih
lemah ini membuat soalan isi tersirat sahaja. Saya juga akan memperbanyakkan
lagi latihan yang berkaitan dengan isi tersirat dan memberi peluang kepada
mereka untuk menyatakan pandangan mereka berkaitan dengan tajuk yang
dibincangkan. Bagi mereka yang telah berjaya membuat latihan ini dengan baik
untuk pengajaran akan datang saya akan menggalakkan mereka untuk membuat
latihan rumusan yang lengkap bagi mengasah minat mereka dan memastikan mereka
mahir dengan teknik penulisan yang baik. Pada akhir pengajaran saya telah
meminta mereka untuk membuat rumusan sebagai latihan tambahan dan peserta
kajian dapat membuat rumusan ini dengan baik dan sempurna.
No comments:
Post a Comment